Thursday, May 28, 2009

SALAM SAHABAT...

mungkin lama kita takkan bersua...
ana ke kuantan...
31 mei abg nak bertunang,...
doakan pejalanan kami...
n doakan pertunangan along ana ini mendapat redha ALLAH...

insyaAllah


shifaaul_Q0lb

PICTURE ANDA???

MUQADDIMAH

Sekarang dunia teknoogi dah makin canggih…Teknologi komunikasi secara maya makin diburui remaja..Masing-masing berlumba nak jumpa teman-teman yang sekian bertebaran…masing-masing ‘possing’ paling best…sebab?? Ada teman nak tengok…. Macam nak meraikan tetamu…

Tak kisah memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tapi apa yang mengecewakan apabila lihat kaum muslimah memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutny…tak pakai tudung, pakai baju lengan sekerat…….tanpa segan silu… Bukan ke tu aurat…

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Bukanlah niat di hati nak melempar hamunku…namun teguranku setulus salju.. Saya kawan kamu, saya sahabat kamu dan yang penting saya saudara kamu,,,saudara seislam kamu… Diri ini enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sesuka hati kepada orang… memang..memang wajah itu bukan aurat engikut sesetengah mazhab, tapi tatkala fitnah mengundang, mampukah kalian untuk menghalangnya…? Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari..

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Belum lagi yang pedih hatinya melihat lengan yang putih melepak, betis yang licin, rambut yang berwarna,…..Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Bagi para muslimah yang sanggup menggadaikan auratny walaupun dalam maya, sedarlah…deletelah picture anda tu…gantilah dengan yang lebih elok..bukan untuk hipokrit..tapi untuk melatih diri manjadi lebih baik… privatekanlah gambar-gambar yang tak sepatutny,, ingatlah, tetamu Friendster, myspace blog, bukan sejantina dengan kita sahaj, malah yang bukan mahram dengan kita…sedarlah wahai para muslimah…fikirkanlah… Rambut, kulit anda kalis api ke????? Renungkanlah…


Ingat, diri anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a dah




Shifaaul_q0lb

Wednesday, May 27, 2009

cerpen:wanita.....sanggup bermadu???

salam tarbiyah, pencetus dakwah
suka untuk ana berkongsi cerpen dengan antum pagi ni...
moga secebis perkongsian ini dapat menjadi tauladan
buat kita semua..

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya.
Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah
ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranau sahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.








untuk kesimpulan,
antum fikir sendiri ya..
kalau antum senang..
berilah pandangan antum..


Shifaaul_Q0lb

kisah cawan..

"keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang x pernah kering,
menjadikan seseorang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran
dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan. Biar rebah jangan berubah,
biar terbuang terus berjuang. Ujian adalah tarbiyah Allah, semakin dekat
bahtera kita kepadaNya, semakin hebat taufan melanda, tempuhlah sekudrat yang ada"
Salam Mujahadah..

Seungkap mesej daripada salah seorang sahabat...23 may 10:29 pm



Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa
selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk
kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata
untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju
kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada
suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku
lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-
tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya
tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah
selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang
penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar.
Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop !
Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia
mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku
lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan
teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.
Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku
lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku
dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah
penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada
seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu
memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, '
Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia
memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya !
Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak
sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia
terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.
Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan
menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali.
Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan
yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu
menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam
membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan
banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh
penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara
untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi
kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam
dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati,
kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang
menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. kita akan
melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk kita untuk kehidupan yang
lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan
(akhirat). InsyaAllah


Wallahua'lam


shifaaul_Q0lb

Salam wadah mula bicara
Teringat masa di ‘kolej matrikulasi pulau pinang’ memegang taklifan sebagai
ketua coordinator jualan muslimat sempena minggu aspirasi islam..
gara-gara kerana salah faham dgn mslmin pada satu malam tu,
kepercayaan terhadapku diragui..
sedih jugak...

Alhamdulillah, esoknya selesai...kenangan
Kisah ini memang mengembalikan memori tersebut..
Renung-renungkanlah



KERANA SEBUTIR KURMA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke
masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, dia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.

Menyangka kurma itu bahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan
memakannya.Setelah itu dia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih
sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Dia
solat dan berdoa dengan khusyuk sekali.Tiba-tiba dia mendengar percakapan dua
Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana 4 bulan yg lalu dia
memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat
masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham sangat terkejut , dia tersentak, jadi selama 4 bulan
ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak
diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Dia terus berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang
tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya. Selepas sampai di Makkah dia menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi dia tidak bertemu pedagang tua itu melainkan seorang
anak muda.

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua.Kemana dia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang
lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya
meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg
dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli
waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik
ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan
saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas
nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar
berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir
kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan kemudian,
Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba dia
mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir
kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat
penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim
kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena
masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."



Sebenarny malam tu salah faham pasal jamuan..
Betul jugak, duit atau makanan yang tak tahu asal-usulny tetap akan jadi darah daging kita…lepas tu, bagi kesan kat amal kita…
“ana sensitive pasal duit, even satu sen pun sebab semua tu yang akan masuk dalam badan kita”
Ni kata sahabat ana...
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita,sudah
halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

Semoga bermanfaat.

Moga2 sahabat-sahabat semua berada di dalam rahmat Allah. InsyaAllah

Salam wadah tutup bicara
" sampaikan daripada daku walaupun sepotong ayat.."


Shifaaul_Q0lb

Monday, May 25, 2009


Selamat Berjuang

Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

salam...sengaja diri ini memulakan wadah ini dengan lirik selamat berjuang...
Khas untuk sahabt2, moga kita semua tabah menghadapi cabaran......
Harapny kita semua dapat istiqomah dengan jalan ini...
Akhir sekali, selamat berjuang sahabatku...





Shifaaul_Q0lb