Thursday, November 26, 2009

blog baru

salam semua pada sahabt2...
minta maaf atas segala kekhilafan...
ini blog baru ana

http://ainshohor.blogspot.com

Monday, October 12, 2009

tukar blog...

salam...
pada sahabt2...
ana terpaksa membuat blog baru..
blog ana ni ada masalah ckit,..
jdnya, blog baru ana yang baru akan diberitahu kemudian
dan insyaAllah dalam waktu masa yang terdekat...

fdhcgjufgvuikhbxnihf

Monday, June 22, 2009

HIJAB

Dilema Seorang Wanita


Kisah bagaimana kata hati seorang wanita dalam kehidupan menutup aurat@bertudung. .. sila link disini http://www.youtube. com/watch? v=cYQcnegaC24&eurl=http%3A% 2F%2Fg-82. blogspot. com%2F&feature=player_ embedded

shifaaul_Q0lb

Thursday, June 4, 2009

epilog silam

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...




shifaaul_Q0lb

Thursday, May 28, 2009

SALAM SAHABAT...

mungkin lama kita takkan bersua...
ana ke kuantan...
31 mei abg nak bertunang,...
doakan pejalanan kami...
n doakan pertunangan along ana ini mendapat redha ALLAH...

insyaAllah


shifaaul_Q0lb

PICTURE ANDA???

MUQADDIMAH

Sekarang dunia teknoogi dah makin canggih…Teknologi komunikasi secara maya makin diburui remaja..Masing-masing berlumba nak jumpa teman-teman yang sekian bertebaran…masing-masing ‘possing’ paling best…sebab?? Ada teman nak tengok…. Macam nak meraikan tetamu…

Tak kisah memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tapi apa yang mengecewakan apabila lihat kaum muslimah memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutny…tak pakai tudung, pakai baju lengan sekerat…….tanpa segan silu… Bukan ke tu aurat…

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Bukanlah niat di hati nak melempar hamunku…namun teguranku setulus salju.. Saya kawan kamu, saya sahabat kamu dan yang penting saya saudara kamu,,,saudara seislam kamu… Diri ini enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sesuka hati kepada orang… memang..memang wajah itu bukan aurat engikut sesetengah mazhab, tapi tatkala fitnah mengundang, mampukah kalian untuk menghalangnya…? Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari..

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Belum lagi yang pedih hatinya melihat lengan yang putih melepak, betis yang licin, rambut yang berwarna,…..Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Bagi para muslimah yang sanggup menggadaikan auratny walaupun dalam maya, sedarlah…deletelah picture anda tu…gantilah dengan yang lebih elok..bukan untuk hipokrit..tapi untuk melatih diri manjadi lebih baik… privatekanlah gambar-gambar yang tak sepatutny,, ingatlah, tetamu Friendster, myspace blog, bukan sejantina dengan kita sahaj, malah yang bukan mahram dengan kita…sedarlah wahai para muslimah…fikirkanlah… Rambut, kulit anda kalis api ke????? Renungkanlah…


Ingat, diri anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a dah




Shifaaul_q0lb